SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI SMK BUKIT GAMBIR LEDANG JOHOR
SMK Bukit Gambir Ledang Johor tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
MAKLUMAN

Selamat kembali ke sekolah & Selamat Tahun Baru 2013

Sesi Persekolahan 2013 Bermula Pada 02.01.2013

PROFIL SEKOLAH

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

SMK Bukit Gambir ditubuhkan pada tahun 1965. Pada mulanya sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir. Bilangan murid pada masa itu ialah seramai 106 orang dalam 5 kelas aliran Bahasa Melayu. Pada tahun 1967, SMK Bukit Gambir berpindah ke bangunan sendiri di kawasan seluas 8.5 ekar di Kampung Sungai Ekor atau sekarang dikenali sebagai Sungai Jaya.

SEJARAH NAMA SEKOLAH DIPILIH

SMK Bukit Gambir diberi nama berdasarkan lokasinya iaitu di kawasan Bukit Gambir. Nama ini adalah mengikut keadaan geografi yang berbukit bukau dan merupakan kawasan penanaman pokok gambir yang utama.Penanaman gambir di sini dijalankan mengikut kangcu.

PERKEMBANGAN RINGKAS SEKOLAH

1965 SMK Bukit Gambir menumpang di SK Bukit Gambir,muridnya seramai 106 dalam aliran Bahasa Melayu
1967 SMK Bukit Gambir berpindah ke Sungai Jaya.Bangunan sekolah terdiri daripada dua blok 2 tingkat.Bangunan ini mengandungi lapan buah kelas,tiga bilik Seni Perusahaan,dua bilik Sains Rumahtangga,sebuah makmal sains,pejabat dan perpustakaan.
1968
Bilangan guru 8 orang dan 2 tukang kebun
1969 Kelas Peralihan dimulakan.Persekolahan 2 sesi dilaksanakan iaitu pagi dan petang.Bilangan guru bertambah kepada 22 orang yang terdiri daripada 19 guru terlatih dan 3 orang guru dalam latihan.Kakitangan bukan akademik ditambah. 3 orang tukang kebun dan seorang tukang sapu.
1970
Mendapat peruntukan padang permainan dan pagar sekolah.
1971
Bangunan tambahan 2 tingkat mengandungi 1 bilik darjah dan pejabat blok A.Kantin sekolah dibina. Bilangan guru ditambah menjadi 31 orang, 873 pelajar dan 10 orang kakitangan sokongan.
1972 Kali pertama pelajar aliran Inggeris menduduki peperiksaan Lower School Certificate (LCE). Persatuan Ibu Bapa dan Guru ditubuhkan dan didaftarkan pada 26.11.1973.
1973 Pengerusi PIBG yang pertama ialah Tn. Hj. Rahim Bin Hj. Idris.
1975 Bangunan tambahan 2 tingkat mengandungi dua bilik makmal Sains dan 9 bilik darjah (blok D)
1981 Kelas aliran Sains . 49 orang pelajar terpaksa menumpang di SMK Tengku Mahmud Iskandar kerana kekurangan bilik darjah dan guru.
1982 Bangunan tambahan 2 tingkat dibina mengandungi 3 makmal sains dan tujuh bilik darjah. Gelanggang serbaguna dan perpustakaan sementara dibina.Bilangan guru 74 orang  pelajar 1709 orang dan 20 orang kakitangan sokongan.
1985 Koperasi sekolah ditubuhkan dan didaftarkan.
1990 2 buah bangunan satu tingkat dibina secara gotong-royong mengandungi 8 bilik darjah.
1999 Dewan Besar SMK Bukit Gambir dibina. Kelas tingkatan 6 dibuka dengan 39 orang pelajar.
2001 Pembinaan Makmal Komputer Sekolah.
2002 Mata pelajaran reka cipta mula ditawarkan kepada seramai 29 orang pelajar tingkatan 4. Kelas ini dikendalikan oleh 2 orang guru.
2003 Mtapelajaran MPV (membuat perabot) pertama kali ditawarkan kepada seramai 25 orang pelajar tingkatan 4
2004 Sekolah telah menawarkan Mata pelajaran komputer grafik kepada pelajar-pelajar tingkatan 4.
2007 Mata pelajaran ICT telah diperkenalkan kepada 20 orang pelajar tingkatan 4 aliran sains Tulen.
2008 Menaiktaraf surau sekolah dengan peruntukan Kementerian Pendidikan sebanyak Rm200,000.
2010 Blok J dan Blok N siap dibina dan mula digunakan sebagai pejabat pentadbiran dan 2 buah kelas KAA ditempatkan  di blok N.
2011 Pintu Pagar utama sekolah diubahsuai dengan peruntukan RM40,000 sumbangan dari YAB Dato' Ghani Othman.













MISI
Menjadikan SMK BUKIT GAMBIR LEDANG JOHOR Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang


VISI
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti


LAGU SEKOLAH
SMK BUKIT BUKIT GAMBIR


SEKOLAH MENENGAH BUKIT GAMBIR
NAMAMU HARUM TERUKIR 
BELAJAR SERTA BERKHIDMAT
ITULAH MATLAMAT

KAU HARAPAN NUSA DAN BANGSA
MELAHIR PENDOKONG WAJA
PRINSIP RUKUN NEGARA
TERAS PEDOMAN KITA

SRIKANDIMU PEMBELA PERTIWI
JASAMU DISANJUNG TINGGI
TERUS DAN TERUSKAN BAKTI
SELAGI KAU TEGAK BERDIRI